Thursday, February 20, 2020

PERSEDIAAN MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA BAYI ANAK KECIL


Bismillahirahmanirrahim. 
Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Kami sekeluarga (7 Dewasa 1 Bayi) diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah dan telah selesai mengerjakan ibadah umrah yang pertama pada 1/10/2019-11/10/2019 (akhir musim panas). Anak saya berusia lebih kurang 1 Tahun 10 Bulan pada ketika itu. 

Saya juga seperti anda. mencari informasi dan maklumat dari sumber google, blogs dan youtube. Dan kini, saya juga ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya perolehi untuk dijadikan panduan kepada anda pula. Semoga penulisan ini memberi manfaat dan semangat untuk ibu bapa lain membawa bayi mereka juga. 

1. Vaksin
Pihak travel maklumkan kepada kami yang bayi di bawah umur 2 Tahun dikecualikan daripada suntikan Vaksin Meningcoccal ACWY-135. Namun, kami tetap merujuk kepada Pakar Pediatrik dan dimaklumkan bahawa wujud jenis Vaksin Meningcoccal ACWY-135 yang khusus buat bayi di bawah umur 2 Tahun. 

Jadi, kami decide untuk dapatkan Vaksin tersebut + Vaksin Influenza untuk bayi kami. Sila dapatkan maklumat lanjut dari Pakar Pediatrik anak anda. Dapatkan suntikan Vaksin beberapa minggu sebelum berlepas dan bukan beberapa hari sebelum berlepas. Ini bagi memastikan antibodi telah sempurna diwujudkan dalam badan anak kita sebelum berlepas. 

2. Exercise
Saya galakkan untuk mereka yang langsung tidak aktif dalam kehidupan seharian untuk memulakan aktiviti senaman ringan seperti berjalan dan berjogging. Ia sangat membantu membina stamina kita. Ingat, bukan sahaja untuk kita tetapi anak kita. Jangan lupa yang kita perlu mendukung bayi semasa tawaf dan saie yang dianggarkan kita akan berjalan sejauh 4.5km. 

Saya tidak sempat untuk meluangkan masa exercise secara proper. Namun, aktiviti harian yang sibuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah saya kira telah banyak membantu saya. Alhamdulillah, tidak ada masalah tidak larat yang melampau, pengsan dan sebagainya. 

3. Rutin ke Masjid
Ini penting. Biasanya anak dengan suasana di Masjid yang dipenuhi jemaah. Boleh mulakan dengan datang ke Masjid pada waktu solat Isyak. Selepas balik kerja, anak sudah dibersihkan dan diberi makan, ajaklah anak bersama melihat kita solat Maghrib. Kemudian, beritahu anak yang kita akan ke Masjid pula untuk Isyak. Jika berpeluang, bawa pula anak ke masjid pada waktu solat Subuh. 

Ini sebenarnya latihan untuk anda. Ketika ini anda dapat belajar tingkah laku dan perangai anak apabila berhadapan dengan suasana orang ramai. Jadi kita dah boleh expect apa yang akan berlaku di Mekah/Madinah dan cara untuk handle anak dalam situasi itu. 

Contoh; 
Apa nak buat supaya anak kekal diam di Masjid? Perhatikan apa yang anak minat dan bawalah mainan mereka. 
Apa nak buat bila anak tidur? Bawa keperluan anak seperti alas tidur dan selimut. 
Apa nak buat bila anak menangis? Belajarlah solat sambil mendukung anak. 

4. Ilmu
Jangan pernah jemu untuk hadir kursus Umrah yang dianjurkan dari pelbagai agensi. Intipatinya akan lebih kurang sama. Tetapi kita boleh mendengar pelbagai pengalaman dari Ustaz/Ustazah yang berlainan. Cara penyampaian juga sudah pasti berbeza-beza. 

Belajarlah tentang solat rawatib, solat-solat sunat, solat jenazah. Ini adalah rutin anda di sana. Biasakanlah. 

Saya galakkan anda untuk buat senarai sendiri ibadah yang hendak dibuat disana. Ia sangat membantu supaya anda tidak bingung hendak buat apa tatkala melihat orang disekeliling sibuk beribadah. 

InsyaAllah kita teruskan dalam entry yang seterusnya. 


x

No comments:

Post a Comment