Tuesday, February 28, 2017

HAK JAGAAN DAN PENJAGAAN ANAK SELEPAS PERCERAIAN (BUKAN ISLAM)

Jika anda mahu bercerai tetapi risau mengenai hak penjagaan anak selepas perceraian, entry ini sesuai untuk tujuan pemahaman ringkas. 

Jagaan (Custody) dan Penjagaan (Guardianship)

Hak Jagaan (Custody) merujuk kepada hak jagaan secara fizikal anak tersebut. Contohnya sekiranya Ibu diberikan Hak Jagaan bermaksud anak tersebut akan tinggal bersama dengan ibunya. 

Hak Penjagaan (Guardianship) pula merujuk kepada hak yang timbul akibat daripada ketidakupayaan anak tersebut untuk menguruskan diri sendiri. Contohnya jika Ibu Bapa diberikan Hak Penjagaan Bersama, maka kedua-duanya bertanggungjawab untuk membuat keputusan bersama mengenai pendidikan anak atau pengurusan dan pentadbiran harta demi kebaikan anak tersebut. 

Lazimnya, pihak yang menerima Hak Jagaan (Custody) akan juga menerima Hak Penjagaan (Guardianship) ke atas anak-anak tersebut kecuali diperintahkan sebaliknya.

Hak sebagai Penjaga (Guardian)

a. Memberikan nama kepada anak
b. Menentukan pemilihan agama anak
c. Menentukan pendidikan anak
d. Menentukan kaedah perubatan kepada anak
e. Menentukan kaedah pembelajaran dan tindakan disiplin  
f. Memberi persetujuan perkahwinan bawah umur dll

Siapakah yang lebih utama?

Seorang Ibu biasanya lebih berhak untuk mendapatkan Hak Jagaan (Custody) bagi anak yang berusia di bawah 7 tahun. Walaubagaimanapun, Hak Penjagaan (Guardianship) biasanya terletak kepada Bapa anak tersebut.

Pihak yang tidak mendapat Hak Jagaan (Custody) biasanya akan menerima Hak Lawatan dan Hak Bermalam. 

#tertakluk kepada faktor pertimbangan Mahkamah.

Anak Tidak Sah Taraf

Biasanya akan diberikan kepada Ibu Kandung.

Faktor Pertimbangan Mahkamah

a. Kebajikan anak tersebut
b. Kemahuan anak tersebut sendiri
c. Umur dan Jantina anak tersebut
d. Kesihatan anak tersebut
e. Agama dan Adat Resam
f. Bangsa dan latar belakang Budaya
g. Hasrat Ibu Bapa
h. Perwatakan Ibu Bapa dll

Sekiranya anak lebih dari seorang, biasanya Mahkamah tidak akan memisahkan mereka antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, Mahkamah juga tidak terikat untuk meletakkan kesemua mereka kepada seorang Ibu/Bapa sahaja. Mahkamah akan meneliti faktor-faktor di atas secara individual ke atas setiap anak tersebut. 

Syarat-Syarat Khas yang boleh dipohon

a. Mahkamah boleh menentukan tempat anak tersebut perlu tinggal, jenis pendidikan yang perlu diambil dan agamanya. 
b. Mahkamah boleh melarang anak tersebut di bawa keluar daripada Malaysia. dll

Berapa lama Hak Jagaan (Custody) dan Hak Penjagaan (Guardianship)

Sehingga anak tersebut berumur 18 tahun


Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah atau emelkan terus ke adibah.farahani@gmail.com

53 comments:

  1. Selamat pagi. Saya ingin memohon penceraian. Suami saya adalah seorang guru yang berkhidmat di sekolah menengah. Tetapi dia adalah seorang penjudi. Kami sudah berkahwin dan duduk bersama selama 5 tahun. Dia telah berhutang dengan ramai orang serta beberapa along. Saya pernah meminjam beberapa bank untuk menyelesaikan masalah kewangannya. Tetapi dia masih tidak berubah. Maka saya bertindak berpisah dengan dia. Kami berpisah selama dua tahun. Kemudian dia cari saya dan memujuk ahli keluarga saya utk duduk bersama. Saya pun terima atas nasihat bapa saya. Tetapi kini masih lagi masalah kewangan dia tak selesai. Sampai beberapa along menelifon saya minta wang. Ada sekali nota ringkas ditampal di pintu rumah saya oleh along untuk menjelaskan hutang. Oleh sebab itu saya sudah tidak tahan dengan perangai dia ingin memohon penceraian. Tetapi dia engan bercerai. Dia juga tidak mahu berpisah dengan anak. Saya ada dua orang anak. Pertama 7 tahun dan kedua 3 tahun (oku). Kedua-dua anak ditanggung penuh oleh saya. Selama ini suami saya tidak pernah memberi wang untuk pengurusan keluarga. Soalan saya jika saya memohon penceraian siapa akan mendapat hak penjagaan.

    10q. Kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kaliyamal Subramaniam,

      Jika mengikut apa yang dibaca di atas, peluang Puan untuk mendapatkan hak penjagaan adalah lebih cerah.

      Harap dapat membantu.

      Delete
  2. salam... saya ingin bertanya.. saya mempunyai kawan telah bercerai dengan bekas suami beliau.. dan teah mefailkan hak pnjagaan anak di mahkamah.dan hak penjgaan dapat kepada kawan saya iaitu si ibu. dan tempoh penjagaan ialah 2 minggu sebelah ibu.. dan sebaliknya... tapi si bapa telah mengambil anak beliau melebili tempoh dan tidak mahu pemberi hak penjagaan kepada beliau.. dan menyatakan untuk membuat keputusan untuk menukar hak penjagaan kepada si bapa.. da bekas suami kawan saya baru sahaja berkahwin.. bagaimanakah perjanjian hak pnjagaan si ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nasihah,

      Saya tidak dapat menjawab soalan kerana tidak pasti sama ada kawan Cik beragama Islam atau Non Muslim.

      TQ

      Delete
  3. Assalam..

    Saya telah mendapat tahu bahawa isteri mualaf saya telah mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain yang bukan beragama islam di belakang saya selama beberapa bulan. Saya ingin menceraikan isteri saya namun saya risau saya akan hilang hak penjagaan anak perempuan kami. Isteri saya adalah beragama Kristian sebelum memeluk islam. Dia adalah seorang isteri yang keras kepala dah tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Juga di sini saya ingin memberitahu bahawa anak kami adalah tidak sah taraf. Bagaimanakah kes ini akan diselesaikan pada pendapat anda siapakah yang akan mendapat hak penjagaan anak tersebut? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Untuk kes hadhanah (Islam), hak penjagaan anak tidak sah taraf akan diserahkan kepada ibu secara automatik. Ia telah diperuntukkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

      Sekian.

      Delete
  4. Hi, saya bukan Islam.Jika saya hendak bercerai dengan suami saya, anak perempuan saya berumur 2 tahun, kita berdua pun berkerja tetapi gaji saya lebih rendah daripada suami, bolehkah saya dapat hak jagaan anak saya?

    ribuan terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi JW,

      Isu gaji siapa lebih besar biasanya tidak menjadi masalah kerana Mahkamah biasanya akan memerintahkan bapa untuk memberi nafkah anak setiap bulan yang dibayar kepada ibu yang menjaga anak tersebut.

      Sekian, harap membantu

      Delete
  5. Hi sya non muslim dan ingin bercerai. Sya ada dua anak lelaki yg berumur 2tahn dan 6bln. Sbnrnya kami ok cuma kami sering gaduh psl kakak sya dan blnja mama sya d kg. Asal mama sya minta hantar blnja d kg mesti kami gaduh dan sbbnya adalah kakak sya. Sya x tau napa dia benci sgt dgn kakak. Dia benci dgn kakak sya, sya pun dia suruh sya jgn berhubng dgn kakak call atau msj pun x blh. Setiap kali mesti gaduh hal kecil pun nak dibesarkan tekanan dan stress sya dibuatnya .sehingga sya dan dia buat keputusan utk bercerai dgn cara baik tapi mslhnya disini. Dia akan ambik kedua dua anak sya dri sya. Dia kata jgn harap dpt anak2 sbb dia kata sya x mampu bgi anak sya kehidupan baik sbb sya x kja atau simpanan yg byk. Sya stay kat uma jak jaga anak2 sbb x org yg tlg. Rasanya ada peluang tak utk sya dpt hak jagaan anak sya ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi TMNE,

      Agak sukar untuk mendapat hak jagaan anak sekiranya ibu langsung tidak bekerja. Boleh cuba buktikan yg Puan ada qualification dan boleh mendapat pekerjaan yang baik selepas bercerai untuk menjaga anak.

      Tambahan pula Mahkamah biasanya akan memerintahkan bapa membayar nafkah anak kepada ibu yang menjaga anak tersebut.

      Sekian.

      Delete
  6. Hi, sya ingin bertanya utk Non-Muslim sbb sya beragama Kristian. Saya berkahwin secara sah di JPN & telah berkahwin selama 2 tahun dan dikurniakan seorg anak llki yg skrg berumur 1 tahun 6 bulan. Suami sya bumiputera manakala saya pula bukan bumiputera tetapi dah lama menetap di sabah sejak lahir dari tahun 86. Kami kadang2 bergaduh disebabkan suami sya xmmpu urus kebajikan anak kami setiap bulan wlupun berkali2 sya ingatkkan. Jika diikutkan gaji saya lebih dari gji suami. Saya ingin bercerai dgn dia. Saya mahu tegas dlm kebajikan anak utk masa depan anak. Skrg kami menyewa di satu apartment & suami sya xmmpu mahu berikan duit sewa rumah setiap bulan. Dlm perkahwinan kami tiada hitam putih dr kedua2 pihak kluarga maka duit berlian kluarga llki xmmpu mahu byr kpd kluarga saya. Dari segi kewangan & penjagaan..siapakah yg berhak dapat jagaan anak jika anak kami membesar?

    Ribuan, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Evie,

      Hak jagaan bayi biasanya diberikan kpd ibu.

      Sekian.

      Delete
    2. Hi Puan Adibah Farahani,

      Hak jagaan bayi dalam tempoh berapa lama ya? Sekiranya suami sy mempunyai harta/wasiat dan sy xpunyai apa2 harta, adakah hak jagaan anak juga diberikan kpd saya (ibu)?

      Ribuan, terima kasih.

      Delete
  7. Hi Puan, saya dgn bekas isteri tlh memfailkan cerai bulan Disember tahun lepas. Dlm divorce petition yg kami tandatangani itu, ada tertulis sy berhak utk berhubung/berjumpa dgn anak bila-bila masa yg 'reasonable'. Sekarang masalah saya ialah bekas isteri langsung tidak membenarkan saya menghubungi anak semenjak bulan Oktober tahun lepas. Semua panggilan saya tak dijawab. Saya tanya bila dia ada masa terluang supaya saya dapat bercakap dgn anak, pun dia tak balas. Sekarang dia tiba-tiba cakap hendak terminate nombor telefon pula. Apa yang perlu saya buat? Saya dgn isteri non-muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,

      Jika perintah sudah dikeluarkan, kamu boleh bawa perintah tersebut kepada Peguam dan lantik Peguam tersebut untuk Perintah tersebut dikuatkuasakan.

      Sekian.

      Delete
  8. Hi,saya ingin bertanya,saya dan isteri saya telah pun melalui proses pendamaian dan tetapi agak sukar untuk berdamai dan kembali hubungan seperti dulu kala.lagipun kami sudah tidak tinggal sebumbung selama 3 tahun dan kini kami tunggu untuk proses penceraian anak2 kami tinggal dengan saya@bapa dan sekiranya kami bersetuju sama satuju untuk saya mendapat hak jagaan anak boleh tak cik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,

      Jika ada persetujuan mengenai hak jagaan anak, boleh terus rekodkan di depan Hakim semasa perintah perceraian dikeluarkan.

      Sekian.

      Delete
  9. Hai, saya non muslim, b'bangsa Iban, ingin memohon cerai dari suami. Telah mendaftarkan p'kahwinan di JPN. Mempunyai 2 org anak lelaki berumur 4 thn & 7 bln. Saya ingin mengetahui peluang saya mendapatkan hak jagaan anak.

    Sebab ingin bercerai:

    Sekarang saya & suami tinggal b'sama mertua yg mana rumah yg kami diami sekarang turut didiami oleh 2 ipar saya yg lain yg masing2 sudah b'keluarga, b'makna 3 keluarga dlm satu rumah. Situasi dalam keluarga ini yg mempunyai ahli yg terlalu ramai sangat menyukarkan saya mendidik anak dgn cara sy sendiri. Tambahan pula, sy tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga yg lain. Malah cara didikan ahli keluarga saya yg lain sgt bertentang dgn matlamat saya dlm mendidik anak.

    Utk pengetahuan puan, saya mempunyai diploma dalam perniagaan dan telah berhenti kerja kerana ingin memberi sepenuh tumpuan dan didikan terbaik Utk anak saya kerana boleh dikatakan saya sgt bercita-cita tinggi dlm mendidik anak2.

    Selepas melahirkan anak pertama, saya dan suami pernah tinggal sendiri selama beberapa bulan. Dlm tempoh itu, saya berpeluang mendidik anak saya mengikut apa yg saya rancangkan selama ini. saya dapat melihat anak saya sangat b'kembang mengikut matlamat saya. Dia juga menunjukkan kecemerlangan dlm pendidikan awal terutamanya walaupun umurnya hanya 2 tahun ketika itu.

    Selepas kami tinggal bersama mertua semula (Itu yg mertua inginkan) saya langsung tidak berpeluang mendidik anak2 saya mengikut kemahuan saya. Dari segi keselamatAn anak juga tdk terjamin kerana banyaknya ahli keluarga tinggal bersama. Semasa anak berumur 2 thn dia selalu keluar rumah kerana ahli yg sentiasa keluar masuk dan tdk mengunci pintu. Malah telah 2 kali berjalan sampai ke jalan raya.

    Bulan lepas, saya dan suami telah meminta p'setujuan dari mertua untuk duduk dengan mak saya supaya saya boleh bekerja (menjalankan perniagaan sendiri dgn menumpang kedai mak) & dlm masa yg sama paling penting saya boleh mencapai matlamat saya utk mendidik sendiri anak saya. Lebih mudah di sana kerana mak sy tinggal sendirian. Tetapi mertua saya tdk bersetuju.

    Dlm situasi saya, macamna peluang saya nak dapatkan hak jagaan anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi momma89,

      Uruskan proses perceraian terlebih dahulu. Hak penjagaan anak boleh berbincang secara baik dengan suami dan rekodkan serentak semasa perceraian dibenarkan.

      Delete
  10. Hai....sy ingin bertanya berkenaan hak penjagaan anak...sy mempunyai 2 org ank lelaki, 6 thn dn 4 thn..saya seorang kakitgan kerajaan, kisah sy begini sy telah berpisah dgn suami sy sudah setahun lbh ,dan duduk dgn mak, yg mn rmh mak ni sy yg beli..suami pulak duduk dgn mak dia, semasa bersama dia kami selalu gaduh tetapi gaduh bukan punca dr kami tetapi org ketiga seperti mak dan kakaknya..dia ni anak mak dan suka dgr ckp maknya, sehingga saya x blh na hidup bebas kt rmh tu, sy sgt sedih dgn suami yg yg suka dgr ckp mereka dan sy rasa tertekan sehingga satu hari gaduh yg besar dan suami memukul sy.sebelum ni pun byk kali dia memukul lagi2 depan anak.dan sy jjuga telah buat report polis.setakat ni sebanyak 3 report telah sy buat atas dia. Sampai skrg sudah setahun suami x pernah ambk tau pasal sy tetapi dari segi anak dia buat hal. Ambil anak dr saya dan tidak mahu pulangkn dan ada bila sy pergi mintak kt rumah dia, dia tak akan bagi termasuk mak dia pun buat mcm tu, hal ni membuatkn sy rasa lg benci pada dia.dia x boleh pisah dgn maknya tp nak pisahkn sy dgn anak.masa sy bersama dia di rmh tersebut mak mentua x jaga sgt anak, balik2 ckp x sihat sahaja tetapi skrg boleh pulak jaga.. baru2 ni sy telah berjumpa lawyer swasta untuk membuat penceraian, lawyer pun sudah hntar notis kepada suami dan telah col dia tetapi suami bg alasan x dpt surat n mcm2 menuduh ke sy...soalan sy skrg dari segi penjagaan anak adakah sy ada peluang yg tinggi untuk mendapat hak penjagaan...sy mcm takut pada keputusan mhkamah.. sy risau kalau la anak terlepas sana hbs masa depan anak sy sbb mak dia x pndai jaga..masak pun malas... diharap puan dpt memberi penjelasan sikit...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ritalg,

      Jika sudah lantik Peguam untuk urusan perceraian, minta Peguam tersebut uruskan hak penjagaan anak sekali.

      Delete
  11. Assalamualaikum. Saya isteri kedua.. N kami tidak brcerai lagi.. Tpi suami saya dah buat hak hadanah di mhkmh syariah n hak hadanah di serahkn kpda suami. Dah 3bulan brlalu. Saya msykil dgn status saya.. N boleh kn saya mnuntut balik hak hadanah slps suami saya tiada suatu hari nanti bila ank saya brada di rumah madu saya n ank2 tri saya memdngkn ksihatan suami saya tidak lh brapa baik
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Boleh buat permohonan untuk ubah perintah jika ada sebab yang munasabah. Sila hubungi Peguam Syarie di kawasan Puan.

      Terima kasih.

      Delete
  12. Assalamualaikum. Klu bks suami bwa ank kluar dri tmpt dia tinggl ktika saya nk g mlawat pda hri prayaan. Boleh ke saya buat repot pda mhkmh syariah balik. Sb hak jgaan ank dpt pda dia.. Tpi tidak bnarkn saya mlawat pda hri prataan sedangkn afidavit ada trtera boleh mlawat pda hri perayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Boleh buat permohonan komital kerana telah melanggar perintah Mahkamah. Sila hubungi Peguam Syarie di kawasan Puan.

      Terima kasih.

      Delete
  13. Situasinya sekarang adalah mengenai hal rumahtangga adik perempuan saya. Sudah hampir 6 tahun mereka menjalani kehidupan bersama tetapi dari dulu sampai sekarang perangai suaminya tidak berubah. Adik saya suri rumah dan mempunyai 2 org anak perempuan berusia 5 tahun. Kini adik saya mengadu bahawa suaminya gagal menyediakan keperluan asas rumah dan anaknya. Si suami sudah lama tak bercakap dengannya. Dia juga tidak membenarkan adik saya untuk pergi kerumah adik beradik yang lain. Sejak kebelakangan ini adik saya mengadu mengatakan suaminya suruh dia mati atau lari dengan jantan lain. Prelaku sisuami ini memberi tekanan emosi pada adik saya. Apakah tindakkan yang harus diambil oleh adik saya bagi menjamin keselamatan dirinya dan anak anaknya. Terima kasih. Bukan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,

      1. Pastikan adik buat repot polis sekiranya dipukul. Simpan gambar-gambar kecederaan. Buat repot polis juga sekiranya wujud ugutan jenayah dari suami.

      2. Jika mahu bercerai, sila follow step pertama iaitu lalui proses kaunseling di JPN.

      Thanks & Regards.

      Delete
  14. Salam. saya kakak kepada 5adik beradik tetapi ibubapa saya sudah cerai 10 tahun yang lalu dan bapa saya kahwin dengan perempuan muslim 1 anak .dari kami 5 adik beradik 4 org ikut mama yang bongsu ikt bapa .sebelum bapa saya kahwin dengan bini baru dia itu adik saya yang bongsu tinggal dengn nenek saya. tapi sejak bapa saya kahwin dengan bini baru dia adik bongsu saya jarang sudah balik di kampung nenek saya dan lagi teruk situasi kami skg ni. tahun ini adik bongsu saya tinggal di asrma tingkatan1 dan ada juga adik saya yang number 4 tingal diasrama yang sama tpi dia tingkatan4. mula2 seblum kami tahu sebab kenapa adik saya yang bongsu ini tidak sudah dibenarkan tidur semalam sama kami (keluarga sebelah mama) adik saya yang number 4 tanya dia sbab apa, adik bongsu saya tidk sudah rapat sama kami mcm dluu ,adik bongsu saya mengelakk sdh sama kami terutamanya bila dia terserempak sama adik ke4 syaa, satu hari adik ke4 saya jumpa adik bogsu saya. adik bongsu saya jawp "MAMA TIRINYA TDK KASIH BENAR DIA BERMALAM SAMA KAMI WALAU 1 MALAM" dan yang bikin kami terkejut ibu tiri adik bongsu saya ckap ( MAMA KANDUNG SAYA JUAL ADIK BONGSU SAYA THEN BAPA SYA KASIH SELAMAT ADIK BONGSU SAYA" ..Benda ini boleh menjejaskan kekeliruaan adik bongsu saya dan menjejaskan emosi mama sya,walaupun percakapan mama tiri adk sya tu tdk benar sama sekali apalgi isu "menjual anak kandung sendiri terhadap orang lain" tapi dia mempengaruhi minda adik bongsu saya agar membenci mama dan kami kaka kandungnya, bagi kami ni tidak adil sebab kami yang kaka2 ni bila kami ada cuti kerja atau cuti sekolah kami akan pulang ke rumah bapa atau kmpung nenek.. kami ada kebebasaan tgl sma siapa sjaa sbab kami adik beradik hanya ditengah2 sjaa kami tdk menujuh satu pihak sjaa.tapi berbeza dgn kes adik bongsu saya ni walapun bapa dn bini barunya itu bru 3 tahun berkahwin dia sepatutnya perlakukan kami adik beradik mcm itu,. saya kasihan dengn mama sya yng sgt merindukan adik bongsu kmi. apa yang sya boleh lakukan untuk menuntut keadilan agar adik bongsu saya boleh dibenarkan balik ke rumah kami walau sekejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo ' tidak sepatutnya kami diperlakukan mcm itu , kami adik beradik ada kebebasan bermalam sama siapa saja' saya betul2 tdk thu cara mengatasi semua ini. . :(

      Delete
    2. Hi Unknown,

      Tiada saluran undang-undang untuk membantu kamu kerana adik sudah berusia 14 tahun dan sudah boleh berfikir sendiri untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Mungkin boleh berjumpa antara 2 keluarga dan berbaik-baik semula. Jangan dengar cerita satu pihak sahaja. Mungkin itu hanya alasan yg adik beri. Kita belum tahu sama ada ibu tiri kamu betul-betul suruh cakap begitu. Drama dan realiti tidak sama.

      Maaf.

      Delete
  15. Macam mana dengan kes penceraian yang dipersetujui bersama?Hak penjagaan diberi kepada bekas suami.tetapi bekas suami mula demand dan menghalang saya dari melawat anak saya setiap hujung minggu dan cuti sekolah atas alasan saya tidak minta izin bekas suami sedangkan bekas suami tahu setiap hujung minggu dan cuti sekolah adalah rutin saya untuk melawat anak saya.Secara tidak langsung bekas suami menafikan hak saya sebagai seorang ibu.Bekas suami menghalang saya melawat anak saya dan ingin memutuskan hubungan saya dan anak saya.Apakah tindakan selanjutnya yang boleh saya ambil?Adakah saya perlu tuntut hak penjagaan dari bekas suami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,

      Rujuk semula perintah perceraian. Jika sudah ada terma mengenai hak penjagaan, boleh minta untuk suami patuh perintah. Jika belum ada, boleh rujuk peguam untuk dapatkan perintah bertulis mengenai hak penjagaan.

      Thanks.

      Delete
  16. assalamualaikum..saya nk tnya berkaitan hak penjagaan anak..mcm nie..spasang suami isteri ni ada 2 org ank yg berumur 2 thn 2 bln dan yg bru lahir..so sya nk tnya..blh tak pnjagaan ank slung dia diberikan kpd si ayh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Lazimnya anak kecil diberi kepada ibu dan adik beradik tidak akan dipisahkan.

      Thanks

      Delete
  17. Hi,saya nak tanya.. saya dah berkawin 6 tahun. Saya bersama isteri saya tidak bersehaluan dan mempunyai anak perempuan berumur 4 thn. Isteri saya minta saya ceraikan dia.. tapi saya enggan. Pada suatu ketika saya telah putus asa atas permintaanya seringkali ditanya. Jika saya apply cerai atas permintaan dia,
    1.saya perlu bayar nafkah kepada anak saya ker?
    2. Yuran guaaman estimate dlm berapa dan Siapa yg akan bayar?
    3. Hak penjagaan anak pergi kepada siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Akashjb.

      1. Lazimnya bapa perlu bayar nafkah sehingga anak berumur 18 tahun kecuali anak berkahwin sebelum umur 18 tahun.
      2. Fi Guaman bergantung kepada Peguam yang dilantik. Jika bercerai secara persetujuan, kos boleh dikongsi bersama. Jika dibuat berasingan, bayar lawyer masing-masing.

      3. Anak kecil biasanya diberikan kepada ibu kecuali ada sebab yg munasabah.

      TQ

      Delete
  18. Salam sejahtera,

    Saya mempunyai dua orang anak lelaki (7 tahun) dan 4 Tahun. Kedua dua anak di jaga oleh ibu bapa saya. Anak pertama saya bersekolah di sekolah swasta dan saya yang membayar segala pembayaranya. Suami saya kerja di bank tetapi mempunyai lesen menjual arak yang dibuat bersama keluarganya. Keluarga mereka menjalankan perniagaan menjual arak sejak kecil lagi. Setiap kali saya melahirkan anak, saya akan dihalau ke rumah emak saya dengan sebab saya bekerja dan menyuruh saya menangung segala perbelanjaan. Saya ingin memfailkan penceraian tidak lama lagi, bolehkah penjagaan anak kedua kedua pada saya. Saya bekerja sebagai seorang guru swasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Usha,

      Hak penjagaan anak kecil biasanya diberi kpd ibu. Untuk anak umur 7 tahun, mungkin Mahkamah akan tanya anak sendiri mahu duduk dengan siapa.

      TQ

      Delete
  19. Sekiranya suami tidak membenarkan anak2 mengikut ibu, apa kah peluang yg ada utk si ibu mendapat hak penjagaan anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,

      Dapatkan hak penjgaan melalui Mahkamah.

      Thanks

      Delete
  20. Hi, saya belum bernikah suami saya,, tapi kita sudah ada anak perempuan,, baru 1 bulan, tapi saya memang tak boleh tahan,, sebab suami saya pukul saya sampai cedera di muka saya sebab saya bercakap lebih,,dia sudah kahwin sebelum ini sudah ada 1 anak,, dah bercerai... Sekarang dia dan saya tinggal 1 rumah,, tapi belum nikah,,, ada anak... Tapi saya tak boleh hidup dengan dia,,, siapa dapat anak? Suami saya jaga 1st wife anak,,, saya 2nd wife,,, tapi saya tak kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,

      Hak penjgaan Anak tidak sah taraf lazimnya akan diberikan kepada ibu kandung.

      TQ

      Delete
  21. Salam sejahtera..
    Saya nak tanya. Saya ada 3 org anak. Rumahtangga saya ada masalah dan sekarang isteri saya keluar dari rumah tanpa memberitahu saya dan membawa 3 org anak saya sekali. Selama 2 tahun perkara ini berlaku ,isteri saya tidak membenarkan sy berjumpa dan bercakap dgn anak saya. Nombor telefon saya juga di block. Kami tidak membuka fail penceraian lg. Boleh kah isteri saya berbuat demikian terhadap sy dan anak2?? Apa yang perlu saya lakukan untuk berhubung dgn anak saya dan boleh kah saya mendapatkan hak penjagaan anak2 saya ?

    (Siva nonmuslim-tumpang bertanya)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Siva,

      Saya cadangkan kamu ambil tindakan segera failkan perceraian secepat mungkin dan uruskan tuntutan hak penjagaan anak juga.

      TQ

      Delete
  22. Saya Seorang surirumah spenuh masa..Telah berkawin slma 5thn dgn suami..Tapi kini kmi dlm proses pnceraian..saya bcerai dgn dia atas sebab tak tahan dgn apa yang dia cakap..Tiap kali bergaduh dia sering mengerluarkan kata kesat..Slma ini saya tahan saja..Hinga keluar isu kluarga..hingga suatu hari saya balik kampung dgn anak dan tak blik lagi..Tapi suatu hari mereka dtang dan mengambil anak sahaja utk dibawa pulang..Pertanyaan saya adalah berhakah saya atas penjagaan anak saya kerana mereka membawa anak saya jauh dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown.

      Faktanya terlalu ringkas untuk saya komen. Sila berhubung terus dengan Peguam kamu berkenaan permasalahan ini.

      TQ

      Delete
  23. hai.. saya sudah bercerai dengan suami 2 tahun yang lalu. mahkamah memberikan hak jagaan anak kepada saya. tetapi saya belum mendapatkan surat hak jagaan daripada mahkamah. adakah saya perlu ke mahkamah tempat kami proses cerai atau boleh buat di mana2 mahkamah lain? dan bagaimanakah cara saya untuk mendapatkan surat jagaan anak? saya non muslim.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Keesley,

      Jika Mahkamah sudah memberikan perintah hak jagaan kepada Puan, sila dapatkan salinan Perintah dari Mahkamah tersebut. Jika belum ada Perintah, Puan perlu buat permohonan baru.

      Delete
  24. sebelum ni sya suri rumah..bila bercerai siapa yang dapat hak jagaan untuk anak yang berumur 1 tahun perempuan..apa akan jadi jika suami saya menunut hak jagaan anak..siapa lebih berhak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,

      Biasanya hak jagaan anak di bawah usia 2 tahun diberikan kepada ibu.

      Delete
  25. HaI..saya ingin bercerai dengan suami saya atas sebab suami saya seorang kaki mabuk kaki pukul..dan anak2 pun sering takut dengan suami saya yg mabuk..tidak ada tanggungjawab terhadap anak2..ank sya berumur 5 tahun dan seorg laki berumur 3 tahun..adakah anak saya berhak dijaga oleh saya kedua2 nya..sebab saya takut anak2 pulak yg jadi mngsa pukul seperti dia selalu memukul saya..bahkan mak bapak dia sendiri pun dia belasah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown,

      Biasakan diri untuk buat laporan polis setiap kali dipukul oleh suami. Ambil gambar dalam telefon bimbit anda juga untuk tujuan rekod. Ini dapat membantu kes Puan apabila tuntutan hak penjagaan anak difailkan.

      Delete
  26. Assalamualaikum.. Saya dh brcerai, dn mmpunyai 4 org ank..18(L)..13(L-OKU)..11(L) dn 7(P)thn... Ex suami jenis yg mmang paya nk dbawe brbincang..semua ank dia bawe lari.. Skrg ni ade brsama ex,slama ani brsama dia,ank2 tidak brsekolah dn ddk brsndirian drmh sewany... Sy pena bt repot dn ambil smule ank2 sy..ttapi ex larikn lg ank2 sy kecuali yg sulang ade brsama sy skrg ni... Dlm hak pnjagaan..ank llaki dbawa umur 7thn dn ppuan 9thn,hak pnjagaan jatuh ngan ibu...so cume ank prempuan saja yg dbawa umur 9thn... Bagaimana cara sy nk bt tuntutan hak pnjagaan utk 2 org ank sy yg brumur 13(L-OKU) dn 11(L)...dn benarkah dlm undang2 hak pnjagaan itu dtentukn dr pilihan anak tu sndiri...bagamana pulak anak saya 13(L-OKU)tu utk mmbuat kputusan..sdangkan slama ni sy yg mgurus sgala kprluanny slama ini...mohon bg pnjelasan terima kasih������

    ReplyDelete