Wednesday, February 26, 2020

KOS PERCERAIAN (BUKAN ISLAM - NON MUSLIM)

Salam Sejahtera. 

Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan kos untuk memfailkan perceraian bagi kes bukan Islam - Non Muslim. 

1. Untuk makluman, fi guaman yang dikenakan kepada tuan/puan adalah tertakluk kepada budi bicara Peguam yang mengendalikan kes tuan/puan. Tiada jadual fi yang ditetapkan di bawah Perintah Saraan Peguamcara. Oleh itu, saya tidak boleh memberi jawapan yang tepat. Tuan/Puan dinasihati untuk merujuk terus isu ini dengan Peguam yang dilantik. 

2. Apa yang saya boleh kongsikan ialah anggaran Kasar Fi Guaman bagi pemfailan Petisyen Perceraian Bersama ialah sekitar RM3,500.00 ke atas. Kos ini biasanya ditanggung bersama oleh isteri/suami kerana masing-masing bersetuju untuk bercerai secara baik. 

3. Manakala, anggaran Kasar Fi Guaman bagi pemfailan Pestisyen Perceraian (1 pihak) ialah sekitar RM5,000.00 ke atas. Kos ini biasanya ditanggung oleh pihak yang memfailkan/melantik Peguam. 

4. Jika anda berada dalam golongan B40, tuan/puan boleh cuba memohon untuk mendapatkan khidmat guaman dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri tuan/puan. 

5. Orang awam tidak digalakkan untuk memfailkan kes sendiri di Mahkamah kerana prosiding perceraian bukan Islam - Non Muslim melibatkan kertas kausa yang kompleks dan sistem Mahkamah juga kini telah dipertingkatkan dengan penggunaan e-filing yang tidak mesra orang awam/individu persendirian. Dikhuatiri ia akan semakin menambahkan kos, melambatkan prosiding dan/atau risiko kes dibuang. 

6. Oleh itu, saya cadangkan carilah Peguam yang bertauliah di sekitar tuan/puan dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Pastikan tanya dahulu sama ada mereka ambil kes perceraian atau tidak. InsyaAllah mereka sentiasa bersedia untuk membantu. 

Sekian, terima kasih. 

4 comments:

  1. Salam tuan,saya ingin bertanya,jika saya dan isteri setuju untuk bercerai atas tidak bersefahaman,tapi kami baru 8 bulan berkahwin kmi sudah mengikut haluan masing2
    Soalan saya,adakah proses penceraian boleh dibuat secepat mungkin,dan berapakah kos yang perlu ditanggung,sebab dua pihak bersetuju untuk bercerai,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Delson. Untuk Non Muslim kami tak boleh fail kes unless u guys have been married for at least 2 years.

      Delete
  2. Mcammana klau sy dgn suami sdh tingal berasingan Selamat 1tahun perbelanjaa. Anak2 dia tdak beri tp suami sy tak nak bercerai.perkahwinan sy sdh 4tahun

    ReplyDelete
  3. hello mahu tanya, saya dan pasangan sdh lama tidak bersama hmpir 5 tahun. apa langkah pertama yang saya patut lakukan untuk proses perceraian non muslim

    ReplyDelete