Thursday, February 20, 2020

TIPS MEMILIH TRAVEL AGENT UMRAH BERSAMA BAYI/ANAK KECIL


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Harga yang ditawarkan oleh travel agent adalah lebih kurang sama sebenarnya. Faktor musim, jenis penerbangan, hotel, makanan dan itenari juga hendaklah diambilkira. Yang penting, anda tahu yang masa satu keperluan yang mana satu kemahuan. Dan sediakan bajet mengikut keperluan/kemahuan anda. Sila bandingkan satu persatu sampai puas hati. 

1. Musim
Umrah awal musim/akhir musim panas (Sept-November) sudah tentu lebih murah dari Umrah musim cuti sekolah/musim sejuk (Disember-Februari). Manakala umrah bulan Ramadhan sudah tentulah paling mahal tetapi ia merupakan musim panas. 
Jika bawa bayi boleh consider untuk datang pada bulan November kerana sudah masuk musim sejuk, tetapi tidak terlalu sejuk yang boleh menyebabkan bayi cepat kesejukan. Bulan November juga masih belum cuti sekolah, jadi orang masih belum padat berbanding bulan Disember. 

2. Flight
Penerbangan selesa sudah tentulah dengan menaiki MAS/Saudi Airlines dan setaraf. Tapi kos akan lebih mahal. Penerbangan ekonomi pula boleh pilih AirAsiaX/Air Arabia dan setaraf dan kos lebih murah. 
Jika bawa bayi boleh consider untuk naik flight yang selesa dan pastikan travel agent boleh booking bassinet untuk anda. Utamakan juga penerbangan direct ke Jeddah/Madinah. Tapi kos akan lebih mahal berbanding penerbangan transit di Dubai. 
Jika hendak ke Madinah terlebih dahulu, lebih baik dapatkan penerbangan terus ke Madinah berbanding ke Jeddah. Kerana jika turun ke Jeddah, anda masih perlu menyambung perjalanan menaiki bas lebih kurang 6 jam untuk ke Madinah. 
Tanya juga Travel Agent sama ada mereka beri in-flight meal atau perlu beli sendiri.

3. Hotel
Perjalanan untuk ibadah yang selesa sudah tentulah jika kita tinggal di hotel yang berdekatan dengan Masjidilharam/Masjid Nabawi. 
Ambil maklum bahawa jarak yang diiklankan Travel Agent adalah jarak dari pintu utama hotel dengan pintu perkarangan masjid/Dataran Masjid. Ini bermaksud ada lebih kurang 100-200m lagi perjalanan dari pintu perkarangan Masjid Nabawi ke dalam ruang solat dalam Masjid dan ada lebih kurang 200m-400m lagi perjalanan ke sekitar Kaabah. 
Pilihan popular di Mekah sudah tentulah hotel di Safwah Tower/Millenium Tower yang terletak hanya 50m dari Dataran Masjid. Tetapi kosnya sudah tentulah lebih mahal berbanding hotel-hotel yang lebih jauh. Semakin jauh semakin murah kos pakej. 
Untuk di Madinah pula, tanya Travel Agent no pintu masuk masjid yang terdekat dengan hotel. Kawasan pintu masuk ke ruang solat wanita adalah di Pintu Masuk No. 13, 16, 25 dan 29 sahaja. Jadi hotel yang hampir dengan pintu-pintu ini biasanya akan lebih mahal sedikit terutamanya pintu No. 25 iaitu satu-satunya laluan jemaah wanita ke Raudhah.

4. Makanan Fullboard/Bungkus/Breakfast sahaja/Tiada
Ini juga adalah faktor mengapa harga pakej berbeza-beza. Sila ambil berat perkara ini. Jangan sampai ada jemaah yang tidak membawa wang secukupnya untuk membeli makanan kerana fikir ia sediakan oleh pihak travel. 
Jika membawa bayi/anak, lebih mudah pilih pakej Fullboard (Masakan Malaysia). Selera anak yang sudah biasa dengan masakan Malaysia sudah tentu lebih mudah diuruskan jika anda sudah upgrade pakej. Anda sendiri sudah boleh fokus beribadat sebab tahu makanan sudah disediakan secara buffet di hotel. 

5. Iteneri
Ada Travel Agent yang harganya murah tapi tidak membawa anda untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Mekah/Madinah. Ada Travel Agent yang mahal sedikit, tapi akan membawa anda sehingga ke Taif dan menyediakan perkhidmatan untuk membawa anda mendaki Jabal Nur dan sebagainya. 
Jika membawa bayi, lawatan sekitar Mekah/Madinah adalah memadai. Tidak sesuai membawa bayi untuk mendaki Jabal Nur dalam keadaan gelap dan berbatu. Perjalanan ke Taif pula lebih kurang 2 jam. Tak dapat pergi pun tak apa. 


No comments:

Post a Comment