Thursday, February 9, 2017

Proses Perceraian (Bukan Islam) di Malaysia : Bahagian 2

Selamat Sejahtera.

Anda boleh membaca entry Proses Perceraian (Bukan Islam) di Malaysia : Bahagian 1 disini.

Dalam Bahagian 2, saya ingin memfokuskan mengenai Proses Perceraian secara Persetujuan Bersama. Berdasarkan pengalaman, proses ini lebih mudah dan cepat sekiranya kedua-dua pihak boleh bertolak ansur, boleh dibawa berbincang dan ingin menyelesaikan hal rumah tangga dengan lebih mudah dan cepat. 

Kenapa cepat dan mudah? Sebab anda tidak lagi perlu menghadiri sesi kaunseling di Tribunal Perkahwinan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan Sijil Perakuan sebelum mengfailkan Petisyen Perceraian. Jadi anda jimat 6-7 bulan!

Anda boleh memilih mana-mana peguam yang berpengalaman buat kes perceraian Non Muslim di sekitar tempat tinggal anda. Nanti pandailah Peguam yang dilantik sediakan semua documentations untuk difailkan di Mahkamah. Jangan main terjah sahaja tau. Bukan semua Peguam buat kes-kes begini. Kalau lantik yang tidak ada pengalaman, mungkin menyusahkan diri sendiri kelak.

Kalau tidak ada masalah, InsyaAllah semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh lebih kurang 6 bulan sehinggalah perintah dikeluarkan.

Thanks semua.



22 comments:

  1. Hi, kalau misalnya keduanya setuju. Bagaimana untuk saya yg masih seorang pelajar atau tak mempunyai pekerjaan untuk membayar seorang lawyer? Kira2, saya kena sediakan berapa pembayaran lawyer tu? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anotherpoet,

      Jika kedua-dua setuju untuk bercerai, boleh bahagikan perbelanjaan fi guaman secara sama rata. Bagi mendapatkan jumlah Fi Guaman yang tepat, anda perlu berjumpa terus dengan Peguam yang dilantik. Jika tidak mampu, boleh terus ke Biro Bantuan Guaman terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan guaman tertakhluk kepada syarat-syarat yang dikenakan.

      Harap dapat membantu.

      Delete
    2. Ya, terima kasih

      Delete
  2. Hi Puan, saya dan isteri memfailkan cerai bulan Disember tahun lepas. Adakah tempoh 6 bulan itu dikira dari masa kami menandatangani divorce petition (bulan Disember)? Ataupun dikira dari masa naik mahkamah (bulan Januari)? Baru-baru ini isteri memberitahu saya bahawa divorce petition yang kami tandatangani itu sudah dikira official bermula dari masa dia naik mahkamah. Saya dikecualikan naik mahkamah sebab kerja jauh & tidak dapat bercuti. Saya nak tanya, kalau divorce petition tu dah dibicarakan di mahkamah, kami ini sudah dikira bercerai ke? Bukan kena ada surat akuan cerai ke,? Saya pun tidak pasti sama ada divorce petition itu sudah benar-benar official sebab belum ada surat cerai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anonymous,

      1. Tempoh biasanya dikira bermula dari tarikh Petisyen difailkan di Mahkamah.
      2. Dapatkan No.Kes Petisyen dan boleh follow up sendiri dengan kaunter pendaftaran Mahkamah untuk status kes
      3. Sijil cerai hanya akan dikeluarkan selepas JPN diserahkan dengan Perintah Mahkamah.

      Sekian.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hi. Sy telah berpisah dan ingin bercerai dgn suami. Sy telah merujuk ke tribunal perkahwinan dan telah menghadiri sesi kaunseling sekali. Sy juga bercadang untuk memeluk agama islam. Bolehlah sy teruskan niat sy untuk memeluk agama islam walaupun masih dalam proses rujukan tribunal perkahwinan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jesperiyah,

      Jika sudah memeluk agama Islam, urusan perceraian akan lebih mudah. Tidak perlu rujuk tribunal dan boleh terus failkan kes di Mahkamah.

      Delete
  5. Hi
    Saya tergantung selama 3thn sebab suami x mahu cerai secara damai dan saya x mahu menuntut cerai sebab takut hilang hak penjagaan anak. Dan sekarang suami setuju cerai secara damai. Saya mahu tahu berapa lama surat cerai dkeluarkan dan sekiranya saya berkahwin dan mengandung sebelum surat cerai dkeluarkan. Bagimana pendaftarn sijil lahiranak tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Antasha,

      1. Tempoh masa bergantung kepada Mahkamah dan kecekapan Peguam.

      2. Adalah menjadi satu kesalahan jenayah bagi Non-Muslim untuk mengamalkan poligami. Anda tidak boleh berkahwin baru selagi perkahwinan pertama masih belum dibatalkan di JPN.

      3. Anak yg lahir semasa dalam tempoh perkahwinan akan dianggap anak suami atau jika suami tidak mahu mengaku anak akan menjadi anak tidak sah taraf.

      Delete
  6. saya singin dapatkan divorce ex wife saya.Masalahnya dia tidak setuju untuk bagi divorce padasaya. sudah tiga tahun lebih saya hantar notis perceraian . apakah saya perlu buat sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Smile,

      Sila rujuk Peguam kamu untuk uruskan kes sehingga selesai.

      TQ

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Hi, sya dan suami dah 6tahun tak tinggal bsama2 dan kami nak berpisah secara damai , brapa lama proses Peceraian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Unknown.

      Untuk kes Petisyen Perceraian Bersama, biasanya tempoh masa yang diambil lebih singkat. Mungkin kurang 6 bulan sudah boleh selesai.

      Sila lantik Peguam dengan segera.

      Delete
  9. Selamat Sejahtera,

    Saya dan si suami telah lama berkahwin selama 6tahun, saya menfailkan cerai terhadap suami kerana tidak kesefahaman. Dan juga si suami ada menyatakan bawah dia akan saman terhadap saya sekiranya saya menfailkan kes cerai dengan membayar semua barang dibeli, seperti kenderaan dan barang-barang yang dibeli bersama. Adakah perkara ini akan didakwa juga. Dan juga saya ada membaca aktikel yang menyatakan sekiranya suami/isteri yang tidak sefahaman boleh menfailkan cerai hanya mampu membayar sebanyak RM 3,000.00 - RM 5,000.00 saja untuk penguam swasta. Dan juga sekiranya merujuk dengan JPN mereka akan menjalan sesi kaunseling untuk kedua-dua pasangan. Dan sekiranya saya menfailkan ceria terhadap si suami dengan segera apa yang perlu dilakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Wiliamina.

      1. Memang suami ada hak untuk tuntuta harta sepencarian. Kamu juga ada hak yang sama.
      2. Kos guaman bergantung kepada Peguam yang kamu lantik.
      3. Jika hendak memfailkan Cerai sebelah pihak, memang perlu melalui proses kaunseling JPN.

      TQ

      Delete
  10. Selamat sejahtera,
    Saya dan suami sda berkahwin 7 tahun.. dan punya 2 anak, kami masih tinggal bersama tp tidak sefahaman...sda 2 tahun sejak saya , bersalin anak kedua 2016. Kiranya, sudah 3 tahun dia tidak sentuh atau kmi bersama. Dan saya dapat tau dia ada hubungan dgn ppuan lain d luar selama 2 tahun ni. Sa housewife tiada pekerjaan. So sa nk tanya apa yg patut sa buat dulu... utk dptkn penceraian secara damai. Perlu ka sa kluar dan tinggal berasingan dulu dgn suami. Dan mencari kerja.. sb sa tda duit utk byr peguam. Klu blh sa nk dptkn hak penjagaan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dblady,

      Cuba berbincang dengan baik jika boleh bercerai secara damai. Ia menjimatkan kos dan masa pihak-pihak. Jika tidak boleh berdamai, boleh cuba minta bantuan Jabatan Bantuan Guaman jika tidak mampu.

      TQ

      Delete
    2. Dah pernah bw bincang, tapi suami buat tak tau. And even smp sekarang, dia masih berhubung dgn ppuan tu. Bila ditanya alasan cuma kawan. Padahal bukti gmbr semua ada. Klu melalui peguam brapa kos utk kes mcm ni. Skg kmi masih tgl sebumbung, sebilik tp berlainan katil.. dia tdr katil sendiri, sy tdr dgn anak2. Mcmna sy nk buat tuntutan cerai.. dan patut ke sa pindah kluar dr rumah suami Sblm cerai. Sb hati dah betul2 sakit..untuk bertahan.

      Delete
  11. Hi saya ingin bertanya mengenai hak jagaan anak, saya dan isteri suda tidak tinggal bersama selama setahun lebih dan sekarang isteri saya menfailkan cerai atas sebab isteri telah hamil anak kekasihnya. adakah hak jagaan jatuh kepada isteri saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anonymous,

      Hak jagaan ke atas anak tak sah taraf biasanya akan diberikan kepada ibu.

      TQ

      Delete