Salam Sejahtera.
Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan kos untuk memfailkan perceraian bagi kes bukan Islam - Non Muslim.
1. Untuk makluman, fi guaman yang dikenakan kepada tuan/puan adalah tertakluk kepada budi bicara Peguam yang mengendalikan kes tuan/puan. Tiada jadual fi yang ditetapkan di bawah Perintah Saraan Peguamcara. Oleh itu, saya tidak boleh memberi jawapan yang tepat. Tuan/Puan dinasihati untuk merujuk terus isu ini dengan Peguam yang dilantik.
2. Apa yang saya boleh kongsikan ialah anggaran Kasar Fi Guaman bagi pemfailan Petisyen Perceraian Bersama ialah sekitar RM3,500.00 ke atas. Kos ini biasanya ditanggung bersama oleh isteri/suami kerana masing-masing bersetuju untuk bercerai secara baik.
3. Manakala, anggaran Kasar Fi Guaman bagi pemfailan Pestisyen Perceraian (1 pihak) ialah sekitar RM5,000.00 ke atas. Kos ini biasanya ditanggung oleh pihak yang memfailkan/melantik Peguam.
4. Jika anda berada dalam golongan B40, tuan/puan boleh cuba memohon untuk mendapatkan khidmat guaman dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri tuan/puan.
5. Orang awam tidak digalakkan untuk memfailkan kes sendiri di Mahkamah kerana prosiding perceraian bukan Islam - Non Muslim melibatkan kertas kausa yang kompleks dan sistem Mahkamah juga kini telah dipertingkatkan dengan penggunaan e-filing yang tidak mesra orang awam/individu persendirian. Dikhuatiri ia akan semakin menambahkan kos, melambatkan prosiding dan/atau risiko kes dibuang.
6. Oleh itu, saya cadangkan carilah Peguam yang bertauliah di sekitar tuan/puan dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Pastikan tanya dahulu sama ada mereka ambil kes perceraian atau tidak. InsyaAllah mereka sentiasa bersedia untuk membantu.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, February 26, 2020
Thursday, February 20, 2020
FAMILY TRIP 4H3M KUNDASANG + KOTA KINABALU SABAH - DAY 1
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, pada 7hb. Februari, 2020 yang lepas, kami sekeluarga (8 Dewasa + 1 Kanak-Kanak) telah dikurniakan rezeki untuk melancong bersama ke Kundasang + Kota Kinabalu Sabah.
Untuk trip kali ini, kami pilih untuk book ground package dari ARBA TRAVEL. Kami pilih private trip maksudnya dalam van tu hanya kami sekeluarga sahaja dan tidak bercampur dengan orang-orang lain. Itenari pun kami yang susun sebab kami tak nak terlalu packed kalau ikut itenari asal yang disediakan.
So, jom kita baca apa yang kami buat di Sabah selama 4H3M. Ini entry khas untuk DAY 1 tau.
Day 1.
Jam 5.00 pagi lagi kami sekeluarga dah bertolak dari Melaka untuk ke KLIA2. Kami dapatkan perkhidmatan airport transfer dengan kadar RM250/sehala untuk Van 14 seater.
Sekitar jam 6.15 pagi, Driver berhentikan kami di Stesen Minyak Petronas sebelum tiba KLIA2 untuk Solat Subuh.
Then teruskan perjalanan, kami sampai lebih kurang jam 7.00pg. So pergilah print out boarding pass, print out luggage tags and timbang hand luggage. Disebabkan flight kami jam 9.25 pagi, so masa tu dah boleh drop luggage. Then mandikan anak bertuah Maryam Jameelah di Baby Room pasal pagi td kita angkat je dia dari katil.
Lepas dah settle semua kami lepak2 di Old Town White Coffee. Ada yang makan berat, padahal dah prebooked meals dalam flight. Tapi berbaloi lah kot pasal kami dapat gate J20 yang paling hujung. Memang hilang juga Nasi Lemak tu.
Kami tiba di KKIA lebih kurang jam 12.20 tengah hari. Dah siap claim luggage etc kami tunggu driver diluar. Ingatkan ada signage bagai. Nan hado. Dia tunggu kau dalam van aje.
Driver kami namanya Fajar. Asal Tawau. Kalau bercakap ada slang Indonesia. So mula2 ktorg puun konfius kau ni Sabahan ke Indonesia. Nama pun dah Fajar. Jawapannya Tawau yang sempadan Indonesia. Pasal itulah nama dan slang begitu. Dah naik Van pulak, asyik nak gelak sebab si Fajar ada satu perangai dia ingat dia tengah bawak Ferrari instead of Van okeh. So kejap2 dia buat bunyi tukar gear lah apelah. Adoi. layan ajelah.
Dah naik Van, kami dibawa untuk makan tengah hari. Dia singgah dekat satu Restoran berdekatan airport. Katanya owner orang Brunei Muslim. Ada tempat khas yang beraircond. So selesalah. Makanan pun bolehlah makan. Lauk pauk lunch buffet. Yang menarik sebab FREE buah pisang dan pisang goreng dia sedap dan siap sambal kicap. Siap berbungkus bawak naik Van.
Dah siap makan, semua siap2 pergi toilet. Maryam pun pakej mandi tengah hari sekali. Kami ni bermusafir di hari Jumaat. So kami dah offer untuk Fajar Solat Jumaat. Tapi dia kata tak apa. So suka hati dialah kan. Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang jalan kami tidur saja. Singgah sekejap di Rumah Terbalik.
Jujurnya akak cakap tempat ni tiadalah apa-apa yang menarik selain nak bergambar dengan rumah dan segala benda yang diterbalikkan. Mungkin akak yang tak berapa gemor nak bergambar. Entahlah. So kalau korang skip tak singgah pun tak apalah.
Perhentian seterusnya ni memang wajib singgah dan wajib beli. Sebab selepas kami dah balik ke KK semula dan membanding harga, dekat sinilah yang paling murah ye. So jangan menyesal kalau xshopping puas-puas di Pekan Nabalu.
Lepas dah selesai Solat Jamak dan Shopping di sini, barulah kami teruskan perjalanan ke Kundasang. masa ni dah start rasa macam naik Cameron. Tapi jalan dia lebih lebar dan taklah bercerun. Cuma bengkang bengkok. Sejuk pun tak sangat. Cameron lebih sejuk. Akhirnya dalam pukul 5 ptg gitu, kami sampai di Kinabalu Pines Resort.
Kami tempah 2 bilik bersebelahan. 1 untuk Lelaki. 1 untuk Perempuan. Ada 1 Queen Bed dan 2 Single Bed. Cukuplah untuk 4 orang sebilik. Selesa.
Sebelah malam, tak ada aktiviti khas, selepas solat jamak Maghrib + Isyak, hanya makan malam di hotel dan lepas tu melepak duduk di balkoni dan berborak. Restoran dia ada HALAL. Jadi, boleh makan tanpa was2 ya.
Begitulah aktiviti hari pertama kami.
TIPS MEMILIH TRAVEL AGENT UMRAH BERSAMA BAYI/ANAK KECIL
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
w.b.t.
Harga
yang ditawarkan oleh travel agent adalah lebih kurang sama sebenarnya. Faktor
musim, jenis penerbangan, hotel, makanan dan itenari juga hendaklah
diambilkira. Yang penting, anda tahu yang masa satu keperluan yang mana satu
kemahuan. Dan sediakan bajet mengikut keperluan/kemahuan anda. Sila bandingkan
satu persatu sampai puas hati.
1. Musim
Umrah
awal musim/akhir musim panas (Sept-November) sudah tentu lebih murah dari Umrah
musim cuti sekolah/musim sejuk (Disember-Februari). Manakala umrah bulan
Ramadhan sudah tentulah paling mahal tetapi ia merupakan musim panas.
Jika bawa
bayi boleh consider untuk datang pada bulan November kerana sudah masuk musim
sejuk, tetapi tidak terlalu sejuk yang boleh menyebabkan bayi cepat kesejukan.
Bulan November juga masih belum cuti sekolah, jadi orang masih belum padat
berbanding bulan Disember.
2. Flight
Penerbangan
selesa sudah tentulah dengan menaiki MAS/Saudi Airlines dan setaraf. Tapi kos
akan lebih mahal. Penerbangan ekonomi pula boleh pilih AirAsiaX/Air Arabia dan
setaraf dan kos lebih murah.
Jika bawa
bayi boleh consider untuk naik flight yang selesa dan pastikan travel agent
boleh booking bassinet untuk anda. Utamakan juga penerbangan direct ke Jeddah/Madinah.
Tapi kos akan lebih mahal berbanding penerbangan transit di Dubai.
Jika
hendak ke Madinah terlebih dahulu, lebih baik dapatkan penerbangan terus ke
Madinah berbanding ke Jeddah. Kerana jika turun ke Jeddah, anda masih perlu
menyambung perjalanan menaiki bas lebih kurang 6 jam untuk ke Madinah.
Tanya
juga Travel Agent sama ada mereka beri in-flight meal atau perlu beli sendiri.
3. Hotel
Perjalanan
untuk ibadah yang selesa sudah tentulah jika kita tinggal di hotel yang
berdekatan dengan Masjidilharam/Masjid Nabawi.
Ambil
maklum bahawa jarak yang diiklankan Travel Agent adalah jarak dari pintu utama
hotel dengan pintu perkarangan masjid/Dataran Masjid. Ini bermaksud ada lebih
kurang 100-200m lagi perjalanan dari pintu perkarangan Masjid Nabawi ke dalam
ruang solat dalam Masjid dan ada lebih kurang 200m-400m lagi perjalanan ke
sekitar Kaabah.
Pilihan
popular di Mekah sudah tentulah hotel di Safwah Tower/Millenium Tower yang
terletak hanya 50m dari Dataran Masjid. Tetapi kosnya sudah tentulah lebih
mahal berbanding hotel-hotel yang lebih jauh. Semakin jauh semakin murah kos
pakej.
Untuk di
Madinah pula, tanya Travel Agent no pintu masuk masjid yang terdekat dengan
hotel. Kawasan pintu masuk ke ruang solat wanita adalah di Pintu Masuk No. 13,
16, 25 dan 29 sahaja. Jadi hotel yang hampir dengan pintu-pintu ini biasanya
akan lebih mahal sedikit terutamanya pintu No. 25 iaitu satu-satunya laluan
jemaah wanita ke Raudhah.
4.
Makanan Fullboard/Bungkus/Breakfast sahaja/Tiada
Ini juga
adalah faktor mengapa harga pakej berbeza-beza. Sila ambil berat perkara ini.
Jangan sampai ada jemaah yang tidak membawa wang secukupnya untuk membeli
makanan kerana fikir ia sediakan oleh pihak travel.
Jika
membawa bayi/anak, lebih mudah pilih pakej Fullboard (Masakan Malaysia). Selera
anak yang sudah biasa dengan masakan Malaysia sudah tentu lebih mudah diuruskan
jika anda sudah upgrade pakej. Anda sendiri sudah boleh fokus beribadat sebab
tahu makanan sudah disediakan secara buffet di hotel.
5.
Iteneri
Ada
Travel Agent yang harganya murah tapi tidak membawa anda untuk melawat
tempat-tempat bersejarah di Mekah/Madinah. Ada Travel Agent yang mahal sedikit,
tapi akan membawa anda sehingga ke Taif dan menyediakan perkhidmatan untuk
membawa anda mendaki Jabal Nur dan sebagainya.
Jika
membawa bayi, lawatan sekitar Mekah/Madinah adalah memadai. Tidak sesuai
membawa bayi untuk mendaki Jabal Nur dalam keadaan gelap dan berbatu.
Perjalanan ke Taif pula lebih kurang 2 jam. Tak dapat pergi pun tak apa.
PERSEDIAAN MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA BAYI ANAK KECIL
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Kami sekeluarga (7 Dewasa 1 Bayi) diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah dan
telah selesai mengerjakan ibadah umrah yang pertama pada 1/10/2019-11/10/2019
(akhir musim panas). Anak saya berusia lebih kurang 1 Tahun 10 Bulan pada
ketika itu.
Saya juga
seperti anda. mencari informasi dan maklumat dari sumber google, blogs dan
youtube. Dan kini, saya juga ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya
perolehi untuk dijadikan panduan kepada anda pula. Semoga penulisan ini memberi
manfaat dan semangat untuk ibu bapa lain membawa bayi mereka juga.
1. Vaksin
Pihak
travel maklumkan kepada kami yang bayi di bawah umur 2 Tahun dikecualikan
daripada suntikan Vaksin Meningcoccal ACWY-135. Namun, kami tetap merujuk
kepada Pakar Pediatrik dan dimaklumkan bahawa wujud jenis Vaksin Meningcoccal
ACWY-135 yang khusus buat bayi di bawah umur 2 Tahun.
Jadi,
kami decide untuk dapatkan Vaksin tersebut + Vaksin Influenza untuk bayi kami.
Sila dapatkan maklumat lanjut dari Pakar Pediatrik anak anda. Dapatkan suntikan
Vaksin beberapa minggu sebelum berlepas dan bukan beberapa hari sebelum
berlepas. Ini bagi memastikan antibodi telah sempurna diwujudkan dalam badan
anak kita sebelum berlepas.
2.
Exercise
Saya
galakkan untuk mereka yang langsung tidak aktif dalam kehidupan seharian untuk
memulakan aktiviti senaman ringan seperti berjalan dan berjogging. Ia sangat
membantu membina stamina kita. Ingat, bukan sahaja untuk kita tetapi anak kita.
Jangan lupa yang kita perlu mendukung bayi semasa tawaf dan saie yang
dianggarkan kita akan berjalan sejauh 4.5km.
Saya
tidak sempat untuk meluangkan masa exercise secara proper. Namun, aktiviti
harian yang sibuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah saya kira telah
banyak membantu saya. Alhamdulillah, tidak ada masalah tidak larat yang
melampau, pengsan dan sebagainya.
3. Rutin
ke Masjid
Ini
penting. Biasanya anak dengan suasana di Masjid yang dipenuhi jemaah. Boleh
mulakan dengan datang ke Masjid pada waktu solat Isyak. Selepas balik kerja,
anak sudah dibersihkan dan diberi makan, ajaklah anak bersama melihat kita
solat Maghrib. Kemudian, beritahu anak yang kita akan ke Masjid pula untuk
Isyak. Jika berpeluang, bawa pula anak ke masjid pada waktu solat Subuh.
Ini
sebenarnya latihan untuk anda. Ketika ini anda dapat belajar tingkah laku dan
perangai anak apabila berhadapan dengan suasana orang ramai. Jadi kita dah
boleh expect apa yang akan berlaku di Mekah/Madinah dan cara untuk handle anak
dalam situasi itu.
Contoh;
Apa nak
buat supaya anak kekal diam di Masjid? Perhatikan apa yang anak minat dan
bawalah mainan mereka.
Apa nak
buat bila anak tidur? Bawa keperluan anak seperti alas tidur dan selimut.
Apa nak
buat bila anak menangis? Belajarlah solat sambil mendukung anak.
4. Ilmu
Jangan
pernah jemu untuk hadir kursus Umrah yang dianjurkan dari pelbagai agensi.
Intipatinya akan lebih kurang sama. Tetapi kita boleh mendengar pelbagai
pengalaman dari Ustaz/Ustazah yang berlainan. Cara penyampaian juga sudah pasti
berbeza-beza.
Belajarlah
tentang solat rawatib, solat-solat sunat, solat jenazah. Ini adalah rutin anda
di sana. Biasakanlah.
Saya
galakkan anda untuk buat senarai sendiri ibadah yang hendak dibuat disana. Ia
sangat membantu supaya anda tidak bingung hendak buat apa tatkala melihat orang
disekeliling sibuk beribadah.
InsyaAllah
kita teruskan dalam entry yang seterusnya.
x
Subscribe to:
Posts (Atom)