Wednesday, February 26, 2020

KOS PERCERAIAN (BUKAN ISLAM - NON MUSLIM)

Salam Sejahtera. 

Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan kos untuk memfailkan perceraian bagi kes bukan Islam - Non Muslim. 

1. Untuk makluman, fi guaman yang dikenakan kepada tuan/puan adalah tertakluk kepada budi bicara Peguam yang mengendalikan kes tuan/puan. Tiada jadual fi yang ditetapkan di bawah Perintah Saraan Peguamcara. Oleh itu, saya tidak boleh memberi jawapan yang tepat. Tuan/Puan dinasihati untuk merujuk terus isu ini dengan Peguam yang dilantik. 

2. Apa yang saya boleh kongsikan ialah anggaran Kasar Fi Guaman bagi pemfailan Petisyen Perceraian Bersama ialah sekitar RM3,500.00 ke atas. Kos ini biasanya ditanggung bersama oleh isteri/suami kerana masing-masing bersetuju untuk bercerai secara baik. 

3. Manakala, anggaran Kasar Fi Guaman bagi pemfailan Pestisyen Perceraian (1 pihak) ialah sekitar RM5,000.00 ke atas. Kos ini biasanya ditanggung oleh pihak yang memfailkan/melantik Peguam. 

4. Jika anda berada dalam golongan B40, tuan/puan boleh cuba memohon untuk mendapatkan khidmat guaman dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri tuan/puan. 

5. Orang awam tidak digalakkan untuk memfailkan kes sendiri di Mahkamah kerana prosiding perceraian bukan Islam - Non Muslim melibatkan kertas kausa yang kompleks dan sistem Mahkamah juga kini telah dipertingkatkan dengan penggunaan e-filing yang tidak mesra orang awam/individu persendirian. Dikhuatiri ia akan semakin menambahkan kos, melambatkan prosiding dan/atau risiko kes dibuang. 

6. Oleh itu, saya cadangkan carilah Peguam yang bertauliah di sekitar tuan/puan dan mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Pastikan tanya dahulu sama ada mereka ambil kes perceraian atau tidak. InsyaAllah mereka sentiasa bersedia untuk membantu. 

Sekian, terima kasih. 

Thursday, February 20, 2020

FAMILY TRIP 4H3M KUNDASANG + KOTA KINABALU SABAH - DAY 1

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, pada 7hb. Februari, 2020 yang lepas, kami sekeluarga (8 Dewasa + 1 Kanak-Kanak) telah dikurniakan rezeki untuk melancong bersama ke Kundasang + Kota Kinabalu Sabah. 

Untuk trip kali ini, kami pilih untuk book ground package dari ARBA TRAVEL. Kami pilih private trip maksudnya dalam van tu hanya kami sekeluarga sahaja dan tidak bercampur dengan orang-orang lain. Itenari pun kami yang susun sebab kami tak nak terlalu packed kalau ikut itenari asal yang disediakan. 

So, jom kita baca apa yang kami buat di Sabah selama 4H3M. Ini entry khas untuk DAY 1 tau. 

Day 1

Jam 5.00 pagi lagi kami sekeluarga dah bertolak dari Melaka untuk ke KLIA2. Kami dapatkan perkhidmatan airport transfer dengan kadar RM250/sehala untuk Van 14 seater. 

Sekitar jam 6.15 pagi, Driver berhentikan kami di Stesen Minyak Petronas sebelum tiba KLIA2 untuk Solat Subuh. 

Then teruskan perjalanan, kami sampai lebih kurang jam 7.00pg. So pergilah print out boarding pass, print out luggage tags and timbang hand luggage. Disebabkan flight kami jam 9.25 pagi, so masa tu dah boleh drop luggage. Then mandikan anak bertuah Maryam Jameelah di Baby Room pasal pagi td kita angkat je dia dari katil. 

Lepas dah settle semua kami lepak2 di Old Town White Coffee. Ada yang makan berat, padahal dah prebooked meals dalam flight. Tapi berbaloi lah kot pasal kami dapat gate J20 yang paling hujung. Memang hilang juga Nasi Lemak tu. 


Kami tiba di KKIA lebih kurang jam 12.20 tengah hari. Dah siap claim luggage etc kami tunggu driver diluar. Ingatkan ada signage bagai. Nan hado. Dia tunggu kau dalam van aje. 


Driver kami namanya Fajar. Asal Tawau. Kalau bercakap ada slang Indonesia. So mula2 ktorg puun konfius kau ni Sabahan ke Indonesia. Nama pun dah Fajar. Jawapannya Tawau yang sempadan Indonesia. Pasal itulah nama dan slang begitu. Dah naik Van pulak, asyik nak gelak sebab si Fajar ada satu perangai dia ingat dia tengah bawak Ferrari instead of Van okeh. So kejap2 dia buat bunyi tukar gear lah apelah. Adoi. layan ajelah. 


Dah naik Van, kami dibawa untuk makan tengah hari. Dia singgah dekat satu Restoran berdekatan airport. Katanya owner orang Brunei Muslim. Ada tempat khas yang beraircond. So selesalah. Makanan pun bolehlah makan. Lauk pauk lunch buffet. Yang menarik sebab FREE buah pisang dan pisang goreng dia sedap dan siap sambal kicap. Siap berbungkus bawak naik Van. 



Dah siap makan, semua siap2 pergi toilet. Maryam pun pakej mandi tengah hari sekali. Kami ni bermusafir di hari Jumaat. So kami dah offer untuk Fajar Solat Jumaat. Tapi dia kata tak apa. So suka hati dialah kan. Perjalanan ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang jalan kami tidur saja. Singgah sekejap di Rumah Terbalik


Jujurnya akak cakap tempat ni tiadalah apa-apa yang menarik selain nak bergambar dengan rumah dan segala benda yang diterbalikkan. Mungkin akak yang tak berapa gemor nak bergambar. Entahlah. So kalau korang skip tak singgah pun tak apalah. 

Perhentian seterusnya ni memang wajib singgah dan wajib beli. Sebab selepas  kami dah balik ke KK semula dan membanding harga, dekat sinilah yang paling murah ye. So jangan menyesal kalau xshopping puas-puas di Pekan Nabalu


Lepas dah selesai Solat Jamak dan Shopping di sini, barulah kami teruskan perjalanan ke Kundasang. masa ni dah start rasa macam naik Cameron. Tapi jalan dia lebih lebar dan taklah bercerun. Cuma bengkang bengkok. Sejuk pun tak sangat. Cameron lebih sejuk. Akhirnya dalam pukul 5 ptg gitu, kami sampai di Kinabalu Pines Resort

Kami tempah 2 bilik bersebelahan. 1 untuk Lelaki. 1 untuk Perempuan. Ada 1 Queen Bed dan 2 Single Bed. Cukuplah untuk 4 orang sebilik. Selesa. 

Sebelah malam, tak ada aktiviti khas, selepas solat jamak Maghrib + Isyak, hanya makan malam di hotel dan lepas tu melepak duduk di balkoni dan berborak. Restoran dia ada HALAL. Jadi, boleh makan tanpa was2 ya. 


Begitulah aktiviti hari pertama kami. 

TIPS MEMILIH TRAVEL AGENT UMRAH BERSAMA BAYI/ANAK KECIL


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t.

Harga yang ditawarkan oleh travel agent adalah lebih kurang sama sebenarnya. Faktor musim, jenis penerbangan, hotel, makanan dan itenari juga hendaklah diambilkira. Yang penting, anda tahu yang masa satu keperluan yang mana satu kemahuan. Dan sediakan bajet mengikut keperluan/kemahuan anda. Sila bandingkan satu persatu sampai puas hati. 

1. Musim
Umrah awal musim/akhir musim panas (Sept-November) sudah tentu lebih murah dari Umrah musim cuti sekolah/musim sejuk (Disember-Februari). Manakala umrah bulan Ramadhan sudah tentulah paling mahal tetapi ia merupakan musim panas. 
Jika bawa bayi boleh consider untuk datang pada bulan November kerana sudah masuk musim sejuk, tetapi tidak terlalu sejuk yang boleh menyebabkan bayi cepat kesejukan. Bulan November juga masih belum cuti sekolah, jadi orang masih belum padat berbanding bulan Disember. 

2. Flight
Penerbangan selesa sudah tentulah dengan menaiki MAS/Saudi Airlines dan setaraf. Tapi kos akan lebih mahal. Penerbangan ekonomi pula boleh pilih AirAsiaX/Air Arabia dan setaraf dan kos lebih murah. 
Jika bawa bayi boleh consider untuk naik flight yang selesa dan pastikan travel agent boleh booking bassinet untuk anda. Utamakan juga penerbangan direct ke Jeddah/Madinah. Tapi kos akan lebih mahal berbanding penerbangan transit di Dubai. 
Jika hendak ke Madinah terlebih dahulu, lebih baik dapatkan penerbangan terus ke Madinah berbanding ke Jeddah. Kerana jika turun ke Jeddah, anda masih perlu menyambung perjalanan menaiki bas lebih kurang 6 jam untuk ke Madinah. 
Tanya juga Travel Agent sama ada mereka beri in-flight meal atau perlu beli sendiri.

3. Hotel
Perjalanan untuk ibadah yang selesa sudah tentulah jika kita tinggal di hotel yang berdekatan dengan Masjidilharam/Masjid Nabawi. 
Ambil maklum bahawa jarak yang diiklankan Travel Agent adalah jarak dari pintu utama hotel dengan pintu perkarangan masjid/Dataran Masjid. Ini bermaksud ada lebih kurang 100-200m lagi perjalanan dari pintu perkarangan Masjid Nabawi ke dalam ruang solat dalam Masjid dan ada lebih kurang 200m-400m lagi perjalanan ke sekitar Kaabah. 
Pilihan popular di Mekah sudah tentulah hotel di Safwah Tower/Millenium Tower yang terletak hanya 50m dari Dataran Masjid. Tetapi kosnya sudah tentulah lebih mahal berbanding hotel-hotel yang lebih jauh. Semakin jauh semakin murah kos pakej. 
Untuk di Madinah pula, tanya Travel Agent no pintu masuk masjid yang terdekat dengan hotel. Kawasan pintu masuk ke ruang solat wanita adalah di Pintu Masuk No. 13, 16, 25 dan 29 sahaja. Jadi hotel yang hampir dengan pintu-pintu ini biasanya akan lebih mahal sedikit terutamanya pintu No. 25 iaitu satu-satunya laluan jemaah wanita ke Raudhah.

4. Makanan Fullboard/Bungkus/Breakfast sahaja/Tiada
Ini juga adalah faktor mengapa harga pakej berbeza-beza. Sila ambil berat perkara ini. Jangan sampai ada jemaah yang tidak membawa wang secukupnya untuk membeli makanan kerana fikir ia sediakan oleh pihak travel. 
Jika membawa bayi/anak, lebih mudah pilih pakej Fullboard (Masakan Malaysia). Selera anak yang sudah biasa dengan masakan Malaysia sudah tentu lebih mudah diuruskan jika anda sudah upgrade pakej. Anda sendiri sudah boleh fokus beribadat sebab tahu makanan sudah disediakan secara buffet di hotel. 

5. Iteneri
Ada Travel Agent yang harganya murah tapi tidak membawa anda untuk melawat tempat-tempat bersejarah di Mekah/Madinah. Ada Travel Agent yang mahal sedikit, tapi akan membawa anda sehingga ke Taif dan menyediakan perkhidmatan untuk membawa anda mendaki Jabal Nur dan sebagainya. 
Jika membawa bayi, lawatan sekitar Mekah/Madinah adalah memadai. Tidak sesuai membawa bayi untuk mendaki Jabal Nur dalam keadaan gelap dan berbatu. Perjalanan ke Taif pula lebih kurang 2 jam. Tak dapat pergi pun tak apa. 


PERSEDIAAN MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA BAYI ANAK KECIL


Bismillahirahmanirrahim. 
Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Kami sekeluarga (7 Dewasa 1 Bayi) diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah dan telah selesai mengerjakan ibadah umrah yang pertama pada 1/10/2019-11/10/2019 (akhir musim panas). Anak saya berusia lebih kurang 1 Tahun 10 Bulan pada ketika itu. 

Saya juga seperti anda. mencari informasi dan maklumat dari sumber google, blogs dan youtube. Dan kini, saya juga ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya perolehi untuk dijadikan panduan kepada anda pula. Semoga penulisan ini memberi manfaat dan semangat untuk ibu bapa lain membawa bayi mereka juga. 

1. Vaksin
Pihak travel maklumkan kepada kami yang bayi di bawah umur 2 Tahun dikecualikan daripada suntikan Vaksin Meningcoccal ACWY-135. Namun, kami tetap merujuk kepada Pakar Pediatrik dan dimaklumkan bahawa wujud jenis Vaksin Meningcoccal ACWY-135 yang khusus buat bayi di bawah umur 2 Tahun. 

Jadi, kami decide untuk dapatkan Vaksin tersebut + Vaksin Influenza untuk bayi kami. Sila dapatkan maklumat lanjut dari Pakar Pediatrik anak anda. Dapatkan suntikan Vaksin beberapa minggu sebelum berlepas dan bukan beberapa hari sebelum berlepas. Ini bagi memastikan antibodi telah sempurna diwujudkan dalam badan anak kita sebelum berlepas. 

2. Exercise
Saya galakkan untuk mereka yang langsung tidak aktif dalam kehidupan seharian untuk memulakan aktiviti senaman ringan seperti berjalan dan berjogging. Ia sangat membantu membina stamina kita. Ingat, bukan sahaja untuk kita tetapi anak kita. Jangan lupa yang kita perlu mendukung bayi semasa tawaf dan saie yang dianggarkan kita akan berjalan sejauh 4.5km. 

Saya tidak sempat untuk meluangkan masa exercise secara proper. Namun, aktiviti harian yang sibuk menjaga anak, memasak dan mengemas rumah saya kira telah banyak membantu saya. Alhamdulillah, tidak ada masalah tidak larat yang melampau, pengsan dan sebagainya. 

3. Rutin ke Masjid
Ini penting. Biasanya anak dengan suasana di Masjid yang dipenuhi jemaah. Boleh mulakan dengan datang ke Masjid pada waktu solat Isyak. Selepas balik kerja, anak sudah dibersihkan dan diberi makan, ajaklah anak bersama melihat kita solat Maghrib. Kemudian, beritahu anak yang kita akan ke Masjid pula untuk Isyak. Jika berpeluang, bawa pula anak ke masjid pada waktu solat Subuh. 

Ini sebenarnya latihan untuk anda. Ketika ini anda dapat belajar tingkah laku dan perangai anak apabila berhadapan dengan suasana orang ramai. Jadi kita dah boleh expect apa yang akan berlaku di Mekah/Madinah dan cara untuk handle anak dalam situasi itu. 

Contoh; 
Apa nak buat supaya anak kekal diam di Masjid? Perhatikan apa yang anak minat dan bawalah mainan mereka. 
Apa nak buat bila anak tidur? Bawa keperluan anak seperti alas tidur dan selimut. 
Apa nak buat bila anak menangis? Belajarlah solat sambil mendukung anak. 

4. Ilmu
Jangan pernah jemu untuk hadir kursus Umrah yang dianjurkan dari pelbagai agensi. Intipatinya akan lebih kurang sama. Tetapi kita boleh mendengar pelbagai pengalaman dari Ustaz/Ustazah yang berlainan. Cara penyampaian juga sudah pasti berbeza-beza. 

Belajarlah tentang solat rawatib, solat-solat sunat, solat jenazah. Ini adalah rutin anda di sana. Biasakanlah. 

Saya galakkan anda untuk buat senarai sendiri ibadah yang hendak dibuat disana. Ia sangat membantu supaya anda tidak bingung hendak buat apa tatkala melihat orang disekeliling sibuk beribadah. 

InsyaAllah kita teruskan dalam entry yang seterusnya. 


x