Tuesday, February 28, 2017

HAK JAGAAN DAN PENJAGAAN ANAK SELEPAS PERCERAIAN (BUKAN ISLAM)

Jika anda mahu bercerai tetapi risau mengenai hak penjagaan anak selepas perceraian, entry ini sesuai untuk tujuan pemahaman ringkas. 

Jagaan (Custody) dan Penjagaan (Guardianship)

Hak Jagaan (Custody) merujuk kepada hak jagaan secara fizikal anak tersebut. Contohnya sekiranya Ibu diberikan Hak Jagaan bermaksud anak tersebut akan tinggal bersama dengan ibunya. 

Hak Penjagaan (Guardianship) pula merujuk kepada hak yang timbul akibat daripada ketidakupayaan anak tersebut untuk menguruskan diri sendiri. Contohnya jika Ibu Bapa diberikan Hak Penjagaan Bersama, maka kedua-duanya bertanggungjawab untuk membuat keputusan bersama mengenai pendidikan anak atau pengurusan dan pentadbiran harta demi kebaikan anak tersebut. 

Lazimnya, pihak yang menerima Hak Jagaan (Custody) akan juga menerima Hak Penjagaan (Guardianship) ke atas anak-anak tersebut kecuali diperintahkan sebaliknya.

Hak sebagai Penjaga (Guardian)

a. Memberikan nama kepada anak
b. Menentukan pemilihan agama anak
c. Menentukan pendidikan anak
d. Menentukan kaedah perubatan kepada anak
e. Menentukan kaedah pembelajaran dan tindakan disiplin  
f. Memberi persetujuan perkahwinan bawah umur dll

Siapakah yang lebih utama?

Seorang Ibu biasanya lebih berhak untuk mendapatkan Hak Jagaan (Custody) bagi anak yang berusia di bawah 7 tahun. Walaubagaimanapun, Hak Penjagaan (Guardianship) biasanya terletak kepada Bapa anak tersebut.

Pihak yang tidak mendapat Hak Jagaan (Custody) biasanya akan menerima Hak Lawatan dan Hak Bermalam. 

#tertakluk kepada faktor pertimbangan Mahkamah.

Anak Tidak Sah Taraf

Biasanya akan diberikan kepada Ibu Kandung.

Faktor Pertimbangan Mahkamah

a. Kebajikan anak tersebut
b. Kemahuan anak tersebut sendiri
c. Umur dan Jantina anak tersebut
d. Kesihatan anak tersebut
e. Agama dan Adat Resam
f. Bangsa dan latar belakang Budaya
g. Hasrat Ibu Bapa
h. Perwatakan Ibu Bapa dll

Sekiranya anak lebih dari seorang, biasanya Mahkamah tidak akan memisahkan mereka antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, Mahkamah juga tidak terikat untuk meletakkan kesemua mereka kepada seorang Ibu/Bapa sahaja. Mahkamah akan meneliti faktor-faktor di atas secara individual ke atas setiap anak tersebut. 

Syarat-Syarat Khas yang boleh dipohon

a. Mahkamah boleh menentukan tempat anak tersebut perlu tinggal, jenis pendidikan yang perlu diambil dan agamanya. 
b. Mahkamah boleh melarang anak tersebut di bawa keluar daripada Malaysia. dll

Berapa lama Hak Jagaan (Custody) dan Hak Penjagaan (Guardianship)

Sehingga anak tersebut berumur 18 tahun


Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah atau emelkan terus ke adibah.farahani@gmail.com

Friday, February 17, 2017

PEMBORONG GULA MELAKA

AWAS POSTING INI MENGANDUNGI IKLAN



"Tak tahu nak beli souvenir apa untuk mak sendiri atau mak mertua bila datang bercuti ke Melaka?"

"Dah bosan belikan mak sendiri atau mak mertua belacan atau cencaluk bila balik ke kampung halaman?"

"Isteri mengadu Gula Melaka yang anda beli cepat hapak dan tidak tahan lama?"

"Anda rasa Gula Melaka yang anda beli terlalu manis sebab ada campuran gula tebu/gula pasir?"

"Teringin nak buat doorgift Majlis Perkahwinan/Majlis Aqiqah etc yang lain daripada yang lain?"

Jangan susah hati sebab sekarang "PEMBORONG GULA MELAKA" dah buka kedai virtual. Boleh terus datang dan pilih sendiri jenis, packaging dan kuantiti gula melaka yang anda mahu.

DIJAMIN ASLI DAN BERKUALITI
TIADA CAMPURAN GULA TEBU/GULA PASIR

LOKASI:
JALAN DELIMA RAYA 1, TAMAN DELIMA RAYA, BUKIT BARU, MELAKA.
BOLEH WAZE "JALAN DELIMA RAYA 1, TAMAN DELIMA RAYA"

- Mudah Akses
- Banyak Parking Lot
- Berhampiran Traffic Light Monumen Ayer Terjun MBMB
- Berhampiran Balai Polis Bukit Baru, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
- Berhampiran Jalan Utama menuju ke Bandaraya Melaka dan Highway.

WAKTU PERNIAGAAN:
ISNIN - SABTU
9.30 PAGI SEHINGGA 6.00 PETANG

BOLEH BELI BORONG DAN RUNCIT!

Kalau masih sesat tak jumpa kedai, urgent sales di luar waktu perniagaan atau nak buat tempahan khas dan luar biasa boleh WHATSUP ATAU CALL TERUS

"017-9075982"
"017-9075982"
"017-9075982"

Encik Ahmad Fuad Bin Yusof sedia membantu.
Sekian, Majulah Gula Melaka untuk Negeri Melaka. Eh!

Thursday, February 9, 2017

Apa itu Harta Sepancarian?

           Bidangkuasa Mahkamah
    Harta Sepencarian merupakan bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan kepada Seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002Seksyen 122 (1) dan (3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 dan Arahan Amalan JKSM No. 6 Tahun 2003. (Peruntukan undang-undang mungkin berbeza mengikut Enakmen negeri masing-masing).
           Apa yang boleh dituntut?
       Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 memberikan tafsiran maksud harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak

Secara ringkas, harta yang boleh dituntut ialah harta tidak alih (contoh: hartanah) dan harta alih (contoh: wang tunai, perabot, dan kenderaan) yang diperolehi dan dibeli oleh pihak-pihak secara bersama sepanjang dalam tempoh perkahwinan.

Rujuk kes Yang Chik Binti Hashim lwn Abdul Jamal Bin Abdul Rahim (1985) JH 6/1 146 ] di mana Kadi Besar Wilayah Persekutuan, Sheikh Ghazali Bin Hj Abdul Rahman (ketika itu) menyatakan seperti berikut:-

"Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta tersebut".

Biasanya Mahkamah akan melihat perkara-perkara berikut untuk kes hartanah:-

a. Siapa yang bayar deposit rumah?
b. Siapa yang bayar fi guaman Perjanjian Jual Beli & Pindahmilik?
c. Siapa yang buat pinjaman perumahan?
d. Siapa yang bayar fi guaman Gadaian?
e. Siapa yang bayar ansuran bulanan pinjaman perumahan?
f. Siapa yang bayar bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil astro, bil unifi, bil maintenance etc?
g. Siapa yang bayar cukai tanah, cukai harta?
h. Siapa yang beli perabot dan barang elektrik dalam rumah?
i. Siapa yang tanggung kos renovasi?
dan lain-lain

Untuk kes kereta:-

a. Siapa yang bayar deposit kereta?
b. Siapa yang buat pinjaman Hire Purchase?
c. Siapa yang bayar ansuran bulanan pinjaman?
d. Siapa yang isi minyak?
e. Siapa yang tanggung perbelanjaan maintenance?
f. Siapa yang bayar insurans?
g. Siapa yang bayar road tax?
dan lain-lain

Jika kesemua perbelanjaan ini ditanggung oleh satu pihak sahaja, contoh suami maka pihak isteri hendaklah membuktikan sumbangannya kepada rumah tangga secara tidak langsung seperti:-

a. Sudah berhenti kerja yang bagus selepas berkahwin dan melahirkan anak;
b. Menjaga anak-anak 24/7 tanpa perlu lagi hantar anak kepada Pengasuh;
c. Menyediakan makan minum pakaian dengan lengkap dan sempurna untuk suami;
d. Menjaga kebersihan rumah dan membuat kerja-kerja rumah dengan sempurna;
e. Menyokong kerjaya suami etc
dan lain-lain

Selepas menimbangkan perkara di atas, Mahkamah akan menentukan sama ada suami dan isteri berkongsi harta tersebut sebagai harta sepancarian pada kadar 1/2:1/2 atau 1/3:2/3 bergantung kepada fakta kes. 

Jika kesemua perbelanjaan ini ditanggung oleh isteri sahaja dan suami memang tidak sumbangkan apa-apa kecuali goyang kaki dan harapkan isteri kemungkinan besar ia tidak akan diiktiraf sebagai harta sepencarian dan dianggap harta mutlak si isteri seorang. 

Rujuk kes Zarah lwn Idris JH 5/1 (1984) 186 di mana Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru memutuskan bahawa tuntutan Plaintif (bekas isteri) terhadap sebuah rumah sebagai harta sepencarian bersama Defendan telah ditolak oleh Mahkamah kerana pihak Plaintif tidak mempunyai sumbangan dalam pemerolehan harta tersebut sama ada daripada segi material atau moral

Rujuk juga  kes Anita lwn Zainuddin Ariffin (1982) 4 JH 73 yang dirujuk dalam kes di atas di mana Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan telah memberikan garis panduan pembahagian harta sepencarian seperti berikut:-

"Jika ada keterangan yang cukup, siapa yang mengusahakan harta itu, maka harta tersebut akan diberikan kepadanya".

           Semoga bermanfaat.

Proses Perceraian (Bukan Islam) di Malaysia : Bahagian 2

Selamat Sejahtera.

Anda boleh membaca entry Proses Perceraian (Bukan Islam) di Malaysia : Bahagian 1 disini.

Dalam Bahagian 2, saya ingin memfokuskan mengenai Proses Perceraian secara Persetujuan Bersama. Berdasarkan pengalaman, proses ini lebih mudah dan cepat sekiranya kedua-dua pihak boleh bertolak ansur, boleh dibawa berbincang dan ingin menyelesaikan hal rumah tangga dengan lebih mudah dan cepat. 

Kenapa cepat dan mudah? Sebab anda tidak lagi perlu menghadiri sesi kaunseling di Tribunal Perkahwinan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan Sijil Perakuan sebelum mengfailkan Petisyen Perceraian. Jadi anda jimat 6-7 bulan!

Anda boleh memilih mana-mana peguam yang berpengalaman buat kes perceraian Non Muslim di sekitar tempat tinggal anda. Nanti pandailah Peguam yang dilantik sediakan semua documentations untuk difailkan di Mahkamah. Jangan main terjah sahaja tau. Bukan semua Peguam buat kes-kes begini. Kalau lantik yang tidak ada pengalaman, mungkin menyusahkan diri sendiri kelak.

Kalau tidak ada masalah, InsyaAllah semuanya dapat diselesaikan dalam tempoh lebih kurang 6 bulan sehinggalah perintah dikeluarkan.

Thanks semua.



Trip Percutian Bajet 4H3M ke Miri, Sarawak

Hai semua,

Kali ini saya nak berkongsi beberapa info bagi readers yang hendak bercuti ke Miri, Sarawak. Percutian singkat saya bersama suami adalah selama 4H3M sahaja.

1) Transportation

Dari Semenanjung, kami memilih untuk menaiki kapal terbang dengan Air Asia. Memandangkan trip ini tidak dirancang dengan lebih awal, harga tiket yang kami perolehi agak mahal iaitu lebih kurang RM750 (return) untuk 2 orang. Harga tiket ini adalah termasuk makanan kerana tempoh perjalanan memakan masa hampir dua (2) jam.

Di Miri, kami menggunakan sepenuh tenaga untuk berjalan kaki sebab semua tempat dekat sahaja. Kami juga bersyukur sebab ada kawan-kawan yang tinggal di Miri untuk bawa jalan-jalan ke hulu kehilir. Pernah try teksi but then rasa macam membazir because they don't use meter pun dan letak fix price for each destination yang agak mahal. Tak berbaloi langsung.

2) Penginapan

Kami memilih untuk menginap di MyHomestay yang terletak betul-betul di tengah bandar Miri, Sarawak. Kedudukannya sangat strategik iaitu berhadapan dengan shopping complex Imperial Permaisuri Mall. Ia juga berada dalam kawasan Night Market/Bazaar dan terletak tidak jauh daripada Masjid Jamek dan Masjid Negeri Miri Sarawak. So nak cari makanan memang tak susah, nak solat di Masjid pun tak ada masalah.

Harga untuk satu bilik Basic Double Bed adalah RM50/malam dengan keluasan bilik agak terhad dan merimaskan and bare in mind that the room didn't has attached bathroom. So, setiap kali nak ke bathroom kena keluar bilik and pergi ke designated wash area sama ada for men or for women. Jadi, kalau nak lebih selesa boleh pilih Superior Room yang berharga RM120/malam dah siap dengan attached bathroom dalam bilik tau. 

3) Foods

Memang tak ada masalah nak cari makanan HALAL dekat sini. Banyak restoran yang menghidangkan pelbagai menu tradisional yang halal. Of courselah our trip was filled with makan-makan session. My husband suka betul dengan Mee Kolok sampai setiap kali waktu makan kalau boleh nak minta Mee Kolok. Sy pula dah jatuh cinta dengan Laksa Sarawak. Sedap kot!

Bila pergi Imperial Mall cari satu kedai jual local pizza. Besar, murah dan sedap tau. Boleh kalah Pizza Hut!

4) Attractions

Banyak juga tempat dapat pergi kat Miri dalam masa 4H3M ni. Paling banyak kali pergi adalah Shopping Complex depan hotel. Siap shopping beli kasut lah, beli itu lah inilah macamlah dekat Semenanjung tak ada jual. Oh ya, siap pergi berurut bagai sebab dah penat jalan.

We managed to catch Miri view from Canada Hills iaitu tempat paling bersejarah untuk Miri ini sebab dekat situ ada the First Lady iaitu tempat perlombongan minyak pertama di Miri. Suasana dekat situ agak seram kalau tak ramai visitors and a lot of anjing berkeliaran, so sila berhati-hatilah ya.

We went to the Craft Complex too untuk membeli belah cenderahati dan buah tangan for family members. Harga yang ditawarkan agak mahal tapi mungkin selari dengan kualiti barangan yang ditawarkan.

Kami ada juga ke Pasar Tamu, Miri where locals trade. Bila sampai sini korang kena beli udang kering banyak-banyak bawak balik Semenanjung sebab kualiti memang tiptop dan murah! Banyak juga pilihan makanan ringan tradisi Sarawak untuk dijadikan kudapan. 

Next, we went to Kedai Kek Lapis to borong all types of Kek Lapis Sarawak. Memang ada pelbagai perisa yang ditawarkan tapi the most wanted one mestilah Asam Manis. Sedappppnya!

5) Kesimpulan.

Kalau datang miri cuma beberapa hari mmg tak cukup masa nak pergi semua tempat. Dekat sini banyak aktiviti geo-forest mcm pergi Niah Caves, Taman Negara Mulu etc. Nak singgah Brunie pun boleh sebenarnya. Mungkin lain kali boleh pergi bila duduk lama sikit sebab trip kali ni mmg untuk percubaan sahaja.

Thanks semua.