Jika anda mahu bercerai tetapi risau mengenai hak penjagaan anak selepas perceraian, entry ini sesuai untuk tujuan pemahaman ringkas.
Jagaan (Custody) dan Penjagaan (Guardianship)
Hak Jagaan (Custody) merujuk kepada hak jagaan secara fizikal anak tersebut. Contohnya sekiranya Ibu diberikan Hak Jagaan bermaksud anak tersebut akan tinggal bersama dengan ibunya.
Hak Penjagaan (Guardianship) pula merujuk kepada hak yang timbul akibat daripada ketidakupayaan anak tersebut untuk menguruskan diri sendiri. Contohnya jika Ibu Bapa diberikan Hak Penjagaan Bersama, maka kedua-duanya bertanggungjawab untuk membuat keputusan bersama mengenai pendidikan anak atau pengurusan dan pentadbiran harta demi kebaikan anak tersebut.
Lazimnya, pihak yang menerima Hak Jagaan (Custody) akan juga menerima Hak Penjagaan (Guardianship) ke atas anak-anak tersebut kecuali diperintahkan sebaliknya.
Hak sebagai Penjaga (Guardian)
a. Memberikan nama kepada anak
b. Menentukan pemilihan agama anak
c. Menentukan pendidikan anak
d. Menentukan kaedah perubatan kepada anak
e. Menentukan kaedah pembelajaran dan tindakan disiplin
f. Memberi persetujuan perkahwinan bawah umur dll
Siapakah yang lebih utama?
Seorang Ibu biasanya lebih berhak untuk mendapatkan Hak Jagaan (Custody) bagi anak yang berusia di bawah 7 tahun. Walaubagaimanapun, Hak Penjagaan (Guardianship) biasanya terletak kepada Bapa anak tersebut.
Pihak yang tidak mendapat Hak Jagaan (Custody) biasanya akan menerima Hak Lawatan dan Hak Bermalam.
#tertakluk kepada faktor pertimbangan Mahkamah.
Anak Tidak Sah Taraf
Biasanya akan diberikan kepada Ibu Kandung.
Faktor Pertimbangan Mahkamah
a. Kebajikan anak tersebut
b. Kemahuan anak tersebut sendiri
c. Umur dan Jantina anak tersebut
d. Kesihatan anak tersebut
e. Agama dan Adat Resam
f. Bangsa dan latar belakang Budaya
g. Hasrat Ibu Bapa
h. Perwatakan Ibu Bapa dll
Sekiranya anak lebih dari seorang, biasanya Mahkamah tidak akan memisahkan mereka antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, Mahkamah juga tidak terikat untuk meletakkan kesemua mereka kepada seorang Ibu/Bapa sahaja. Mahkamah akan meneliti faktor-faktor di atas secara individual ke atas setiap anak tersebut.
Syarat-Syarat Khas yang boleh dipohon
a. Mahkamah boleh menentukan tempat anak tersebut perlu tinggal, jenis pendidikan yang perlu diambil dan agamanya.
b. Mahkamah boleh melarang anak tersebut di bawa keluar daripada Malaysia. dll
Berapa lama Hak Jagaan (Custody) dan Hak Penjagaan (Guardianship)
Sehingga anak tersebut berumur 18 tahun
Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah atau emelkan terus ke adibah.farahani@gmail.com
Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan komen di bawah atau emelkan terus ke adibah.farahani@gmail.com